7 Ogos 2025 – NADI Kampung Pantai Sabak hari ini telah menganjurkan Kelas eKelas Maxis Keusahawanan dengan tajuk “AI Untuk Mencipta Kandungan”.
Kelas ini memberi pendedahan tentang penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam membantu usahawan menghasilkan kandungan digital yang lebih kreatif, menarik dan berkesan untuk tujuan pemasaran.
Sesi kali ini disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak yang menunjukkan minat mendalam untuk memanfaatkan teknologi AI dalam meningkatkan kualiti serta keberkesanan strategi promosi perniagaannya.
Pihak NADI berharap lebih ramai usahawan dan masyarakat setempat akan mengambil peluang untuk menyertai kelas-kelas keusahawanan akan datang sebagai usaha memperkukuh pengetahuan digital dan daya saing dalam ekonomi moden.


