12 April 2025 – NADI dengan kerjasama Cikgu Faris, Panel Perunding Sejarah Negeri Johor, telah mengadakan Webinar Sejarah NADI DILEA – Edisi Pertama khusus untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang ingin memperbaiki pencapaian Sejarah mereka tanpa tekanan.
Dalam sesi ini, peserta diperkenalkan kepada kaedah pembacaan aktif SQ3R yang memastikan pembacaan lebih fokus dan nota kemas dengan Sistem Cornell, memberi kelebihan dalam pembelajaran. Cikgu Faris memberikan penerangan yang mudah difahami dan berkesan, memastikan para pelajar dapat memanfaatkan teknik yang diajar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.