14 Mei 2026 – Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan bertajuk Strategi Pemasaran Digital telah dijalankan secara dalam talian menerusi platform Zoom Live dengan penglibatan peserta dari NADI seluruh negara. Webinar ini memberi pendedahan kepada usahawan mengenai kaedah pemasaran digital yang lebih efektif bagi membantu meningkatkan promosi serta jualan perniagaan secara dalam talian.
Seorang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak telah mengikuti webinar tersebut. Program ini turut memberi peluang kepada peserta menambah ilmu serta memahami strategi pemasaran digital yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan trend semasa.


