PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kelas MAHIR Sesi 2 – Minggu 1

21 Julai 2025 – Kelas MAHIR Sesi 2 minggu pertama telah bermula pada 21 Julai lalu dengan penuh semangat dan keterujaan. Sepanjang minggu pertama ini, peserta diberikan pendedahan awal tentang penggunaan sistem LMS (Learning Management System) sebagai platform utama untuk merekod kehadiran, akses nota dan bahan pembelajaran, mengetahui maklumat kelasdan berkenalan dengan guru-guru bagi setiap modul.

Walaupun ini minggu pengenalan, komitmen peserta amat membanggakan dengan hanya 3 orang sahaja yang tidak hadir daripada keseluruhan peserta. Selebihnya hadir mengikut jadual kelas masing-masing dan berjaya menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran secara digital. Program MAHIR akan diteruskan untuk tempoh sekurang-kurangnya 20 minggu, melibatkan pelbagai modul seperti Mahir Masak, Jahit, Foto, Gadjet dan Agri Pintar.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah memulakan langkah pertama dengan baik.

Berita Berkaitan