4 Jun 2026 – Seorang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai sesi Mahir Short Learning Series (SLS) – Mahir Foto yang bertajuk “Kamera Jadi Duit: TikTok Affiliate Edition” secara dalam talian melalui platform YouTube Studio NADI Mahir.
Sesi yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara memanfaatkan penggunaan kamera untuk menghasilkan kandungan yang menarik bagi tujuan pemasaran TikTok Affiliate. Peserta turut mempelajari teknik asas penghasilan video yang berkesan bagi membantu meningkatkan potensi jualan dan menjana pendapatan melalui platform digital.
Program ini diharapkan dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran dalam bidang fotografi dan penciptaan kandungan digital selaras dengan perkembangan ekonomi digital masa kini.


