PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

MAHIR Masak: Burger Kreatif, Rasa Eksklusif

29 Jun 2025 – Seramai lima orang peserta dari komuniti sekitar telah menyertai sesi pembelajaran dalam talian untuk kelas MAHIR Masak: buat Burger Kreatif, Rasa Eksklusif yang disiarkan menerusi saluran YouTube NADI Mahir.

Walaupun sesi ini dijalankan secara atas talian, peserta mengikuti kelas dengan penuh minat di NADI Kampung Pantai Sabak, di mana mereka menonton siaran sambil mencatat dan berbincang bersama. Sesi selama 30 minit ini memberikan pendedahan kepada teknik penyediaan burger kreatif menggunakan bahan asas, namun hasilnya tetap kelihatan eksklusif dan menyelerakan.

Peserta didedahkan kepada cara penyediaan yang bersih, teknik gabungan bahan, serta tips menampilkan burger yang menarik untuk tujuan perniagaan kecil atau hidangan keluarga. Kelas pendek ini bukan sahaja menggalakkan kemahiran kendiri, tetapi turut membuka ruang kepada peserta untuk melihat potensi bidang kulinari sebagai peluang menjana pendapatan.

Berita Berkaitan