PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI Wellbeing : Musim Banjir Datang Lagi – Persediaan Hadapi Ribut?

2 Disember 2025 – Musim hujan yang tidak menentu dan taburan hujan lebat yang berlaku secara mendadak terus menjadi cabaran utama kepada penduduk di seluruh negara. Menyedari keperluan meningkatkan kesiapsiagaan masyarakat, satu sesi perkongsian bertajuk “Musim Banjir Datang Lagi – Dah Sedia Hadap Ribut?” telah diadakan secara dalam talian menerusi program wellbeing.

Sesi ini menampilkan Lt. Kol Bersekutu (PA) Mohd Faizal Bin Baharom, Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor, yang berpengalaman luas dalam pengurusan bencana dan sering turun padang ketika operasi kecemasan. Beliau berkongsi panduan asas keselamatan, langkah persediaan menghadapi banjir, serta tindakan penting yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas kejadian.

Program secara langsung ini disiarkan melalui YouTube Studio Sihat dan Facebook NADI Malaysia pada jam 10.30 pagi. Seramai tiga peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak turut serta dalam sesi tersebut.

Menurut penganjur, program ini diadakan sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai risiko banjir yang semakin kerap berlaku akibat perubahan cuaca dan iklim. Masyarakat digalakkan untuk sentiasa peka dengan amaran cuaca, menyimpan kelengkapan kecemasan, serta merancang laluan selamat sekiranya perlu berpindah.

NADI berharap sesi ini dapat membantu orang ramai membuat persediaan awal dan mengambil langkah proaktif demi keselamatan diri, keluarga dan komuniti setempat.

Berita Berkaitan