PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Tiny Techies Siri 3: Robotik dan Animasi Python

6 Jun 2026 – Program Tiny Techies Siri 3 telah dilaksanakan  secara dalam talian dengan penyertaan seramai enam orang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Program ini melibatkan dua modul pembelajaran berbeza mengikut kategori umur peserta iaitu Inovasi Robotik Siri 3 bagi pelajar sekolah rendah dan Animasi dalam Python Siri 3 bagi pelajar sekolah menengah. Seramai tiga orang peserta telah mengikuti kelas Inovasi Robotik Siri 3 yang memberi pendedahan kepada asas robotik dan inovasi melalui projek hands-on menggunakan komponen elektronik secara interaktif.

Dalam masa yang sama, tiga orang peserta sekolah menengah telah mengikuti kelas Animasi dalam Python Siri 3 yang memperkenalkan asas pengaturcaraan Python melalui penghasilan animasi yang menarik dan interaktif. Sesi ini membantu peserta memahami konsep asas pengekodan serta menggalakkan kreativiti dalam pembangunan kandungan digital.

Program Tiny Techies ini berjaya memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan kepada peserta di samping meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang teknologi, robotik dan pengaturcaraan yang semakin penting dalam era digital masa kini.

Berita Berkaitan