26 Julai 2025 (Sabtu) – Telah berlangsung Bengkel Unboxing Kit TinyTechies khusus untuk pelajar sekolah rendah yang berminat dalam dunia robotik dan teknologi. Bengkel ini berlangsung dari 10.00 pagi hingga 11.00 pagi, dengan bimbingan daripada pasukan TinyTechies dan rakan kolaborasi seperti Makers IIUM dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Dua orang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak turut serta dalam sesi ini. Mereka berpeluang untuk mengenali komponen asas kit robotik, serta mempelajari cara asas menyambung dan memahami fungsi setiap alat melalui sesi interaktif dan demonstrasi secara langsung.
Aktiviti unboxing ini bukan sahaja membuka peluang untuk mengenali teknologi robotik dengan lebih dekat, malah membangkitkan minat dan rasa ingin tahu dalam kalangan peserta muda. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif TinyTechies: Mahir | Mentor | Juara yang memberi pendedahan awal kepada dunia STEM secara santai dan menyeronokkan.
Tahniah kepada semua peserta yang terlibat dan semoga langkah kecil hari ini menjadi permulaan kepada pencapaian besar di masa depan!


