PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

AI @ NADI – Webinar Dalam Talian: Terokai Dunia AI!

11 Julai 2026 – Seorang peserta dari komuniti NADI Kampung Pantai Sabak telah mengambil peluang keemasan dengan menyertai Webinar Dalam Talian: Program AI @ NADI yang berlangsung secara maya hari ini. Program berdurasi 4 jam ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari menerusi platform Google Meet.Webinar ini merupakan inisiatif perkongsian ilmu yang dikendalikan oleh Puan Nazreen Syazwina, seorang Automation Engineer Specialist.

Melalui penyertaan ini, peserta telah didedahkan dengan beberapa topik utama yang sangat relevan dengan trend teknologi masa kini, antaranya termasuklah:

  • Pengenalan kepada Generative AI: Memahami konsep asas kecerdasan buatan moden.

  • Bagaimana AI Berfungsi: Mengintai corak operasi di sebalik sistem pintar.

  • Berkomunikasi dengan AI (Prompting): Menguasai teknik menulis arahan yang betul dan efektif untuk mendapatkan hasil optimum.

  • Keupayaan & Limitasi AI: Mengetahui sejauh mana kelebihan dan batas keupayaan teknologi AI dalam membantu urusan harian.

Penyertaan dalam kelas seperti ini amat penting dalam memberikan akses ilmu teknologi aras tinggi terus kepada komuniti setempat. NADI Kampung Pantai Sabak sentiasa menyokong dan menggalakkan komuniti untuk memanfaatkan platform webinar digital seperti ini bagi meningkatkan kemahiran diri (upskilling) demi mendepani era digital yang serba dinamik.

Berita Berkaitan